Twitter

Showing posts with label tip. Show all posts
Showing posts with label tip. Show all posts

Tuesday, 28 January 2014

Tutorial! - Mari Belajar Bahasa Inggeris!

Dalam Mari Belajar Bahasa Inggeris, aku akan gunakan sepenuhnya bahasa ibunda ku iaitu Bahasa Melayu sebab kalau guna Bahasa Inggeris, mestilah orang tu pun kena pandai Bahasa Inggeris. Hahaha. Tapi ini cuma nota untuk diri sendiri juga. 

Hari ini, kita akan belajar pasal 'i.e.' dan 'e.g'. Rasanya ramai yang tak tahu apa maksudnya dan apa penggunaannya yang betul. ( Termasuklah diriku ini, baru dua tiga hari lepas je tahu, hahah )

1. Apakah 'i.e.' sebenarnya?

Ramai orang faham ( termasuklah diriku ini ) 'i.e.' ni maksudnya 'in example'. Walaupun hampir tepat, tapi sebenarnya salah. 

'i.e.' sebenarnya berasal dari Bahasa Latin iaitu 'id est' yang memberi maksud 'iaitu' ataupun 'dengan kata lain'.

Penggunaannya, seperti maksudnya juga, ialah untuk menegaskan sesuatu ayat atau pun untuk membantu pembaca/pendengar memahami ayat yang pertama ataupun memberi penjelasan yang lebih kepada ayat pertama.

Contohnya :-

It happened at 1PM today i.e., 3 hours ago.

All staffs are absent today i.e., Ali, Abu and Atan are sick. 

Outside is so dangerous i.e., just stay inside till I get home.

tapi jangan pulak guna kan macam ni 'He can't even read English i.e., he so stupid.' Agak kasar bunyi nya. haha.

2. Habis tu 'e.g.' pula apa!? 

'e.g.' ni pulak, nama panjangnya adalah 'exempli gratia' pun dalam bahasa Latin yang membawa maksud 'sebagai contohnya'.

Penggunaanya, sepertia yang sedia maklum, adalah untuk memberi contoh untuk ayat pertama yang diungkapkan.

Contohnya / E.g :-

All staffs are absent today e.g., Ali, Abu and Atan are sick. 

He already went to all Asian country e.g. Malaysia and Singapore.

Penutup

Itu je lah untuk hari ni. Bersambung lagi di lain hari. InsyaAllah.

Yang salah minta perbetulkan.

Sebelum itu, sepertimana kita belajar di sekolah / universiti, di sini ada sedikit kerja rumah.

Sila berikan perbezaan untuk 'all staffs are absent today e.g., Ali, Abu and Atan are sick' & 'all staffs are absent today i.e., Ali, Abu and Atan are sick'.