Twitter

Thursday, 23 January 2014

HowTo! - Tak Boleh Save File Size 4GB atau Lebih Besar ke dalam Pendrive?

Salam,

Hari ini Khamis , 23 Januari 2014 atau 21 Rabiuawal 1435

Hari ini terkejut sekejap sebab Pendrive free dari SOGO size 8GB & tak pernah guna, time nak copy file masuk dalam, dia cakap 'Disk Full'. Ingat kan kena tipu dah... :P tapi gini laa situasi dan solutionnya. Hamende la.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hampir semua orang ada Pendrive @ USB drive.

Tapi pernah tak anda cuba copy file yang size lebih dari 4GB, tapi tak boleh, sedangkan PenDrive anda masih kosong dan free space lebih dari 4GB?

Contohnya seperti situasi ini :-

1. File 'test.mkv' yang hendak dicopy adalah 5.55 GB
2. Saiz Pendrive adalah 8 GB
3. Apabila file 'test.mkv' hendak dicopy ke dalam PenDrive, Error "Disk Full" keluar.
4. Rasa ditipu, sebab ingatkan PenDrive tersebut hanyalah berkapasiti 4GB sahaja (walaupun PenDrive tu percuma je daripada SOGO) :P

Gambar 1 - Situasi - Saiz File

Gambar 2 - Situasi - Pendrive 8GB

Gambar 3 - Situasi - Disk Full


Solution:-

1. Kejadian pelik yang berlaku ini, adalah disebab kan file system yang digunakan oleh kebanyakkan PenDrive iaitu FAT32 yang mana mempunyai limitation 4GB untuk satu file.

*apa itu file system , FAT32 dan limitation , di post akan datang

2. Solution nya ( kalau anda berdegil juga nak copy file tersebut ke dalam PenDrive ) terpaksalah anda tukar file system tersebut kepada file system yang lagi baru iaitu NTFS 

3. Untuk format, buka My Computer > right click pada PenDrive anda > pilih Format

4. Sekiranya tiada pilihan untuk NTFS, tekan Start Menu > Run > CMD dan taip yang berikut dan enter
 " convert x: /fs:ntfs
Di mana "x" adalah drive letter PenDrive anda.

5. Tunggu hingga siap ( bergantung kepada kebesaran kapasiti PenDrive )

6. Akhirnya, congratulation! Anda telah berjaya. Sila check properties PenDrive anda. Dan Sila try copy file tadi.

Gambar 4 - Solution - Right Click & Format

Gambar 5 - Solution - Pilihan File System

Gambar 6 - Solution - Convert NTFS

Gambar 7 - Solution - Properties Pendrive


Gambar 8 - Solution - Copy file







No comments:

Post a Comment